|
|
| Monday, 5-Jan-2009 22:24 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Free Palestin
|
|
| Quote: |
390 Gugur, Sejumlah Keluarga Habis dan 1800 Luka di Gaza
Gaza-Infopalestina : Pembantaian Israel terus berlanjut. Sejumlah bangunan rumah dan masjid jadi sasaran roket Israel. Lebih dari 390 warga sipil meninggal syahid, 1800 luka-luka, 300 diantaranya sangat parah.
Sejumlah pesawat tempur Israel masih meroketi sejumlah gedung kabinet pemerintahan Palestina sejak dini hari tadi (31/12). Mengakibatkan 10 warga Palestina dan puluhan orang terluka.
Pesawat tempur jenis f 16 Israel telah meraung-raung di sebelah barat kota, menggempur sejumlah gedung resmi milik pemerintahan. Mereka memuntahkan bom-bom udara tak kurang dari tiga menit.
Sumber di lapangan menyebutkan, sedikitnya 16 roket Israel dilessakan ke berbagai gedung pemerintahan di bagian barat Gaza, termasuk di dalamnya gedung olah raga dan pangkalan laut serta markas keamanan lama.
Roket-roket ini jatuh tak kurang dari lima menit. Akibatnya puluhan warga yang berada di sekitar bangunan meninggal dan terluka. Mobil ambulans pun sulit mencapai lokasi, akibat reruntuhan bangunan yang porak poranda.
|
Seorang sahabat saya mengumpamakan,dalam satu majlis yang dihadiri oleh saudara-mara anda,tiba-tiba dalam sekumpulan anasir memukul salah seorang daripada saudara anda..Apa yang akan saudara mara anda yang lain akan lakukan?sudah tentulah anasir2 itu kemudiannya dipukul balik oleh saudara mara anda yang sedang marah itu..sekarang renungkan pula,persaudaraan dalam Islam itu lebih tinggi nilainya berbanding pertalian darah..dan membunuh itu lebih kejam dari memukul..jadi,bandingkan kes tersebut dengan situasi di Gaza..saudara SEAGAMA kita DIBUNUH dengan kejam..apakah tahap kemarahan kita??Apakah kita hanya mampu melihat??Apakah tidak rasa bersalah apabila kita masih ketawa menonton rancangan kegemaran sedangkan saudara di Gaza perit menahan hujanan peluru?? Apakah kita menyalahkan negara Arab lain kerana tidak membantu sedangkan kita juga hanya berdiam diri??
Dari cerita sahabat saya itu,saya sama sekali amat berharap kepada semua rakan2 supaya berdoalah bersungguh2 mengharap kebahagian di Gaza dapat dikecapi.Bukan sekadar menyebarkan SMS,msg ym ataupon emel tapi laksanakanlah solat hajat bagi memohon kepada ALLAH supaya mereka mendapat kebahagiaan dan kesenangan disana.Kalau perlu dermalah sebanyak mungkin kepada tabung2 yg bertanggungjawab.Ingatlah rakan2..masa depan anak-anak saudara kita di Gaza berada ditangan kita(Dengan Izin Allah)..bantulah mereka semampu yang kita mungkin walaupon sekadar doa dan solat hajat.Jangan hanya mengaminkan SMS yg dihantar.Bersungguh2 lah dalam memohon kebahagiaan mereka.Ingat..sepanjang kita hidup,cuba fikir apa sumbangan kita terhadap Islam.Inilah masanya untuk kita berbakti..Wallahualam
|
|
|
|
|
|
| Sunday, 14-Sep-2008 16:10 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Berjemaah
|
|
Berdasarkan hadis :
| Quote: | | ‘ Solat berjemah lebih afdal daripada solat bersendirian dengan 27 darjah ’ (Riwayat Bukhari & Muslim) |
Begitu terang dan jelas memperincikan nikmat dan ganjaran bakal diperolehi buat insan-insan yg menunaikan solat secara berjemaah.Mengikut pendapat Imam Nawawi dan tokoh-tokoh ulama’ dalam mazhab syafie seperti Abu Al-Abbas dan Abu Ishak hukum solat berjemaah ialah fardhu kifayah. Inilah pendapat yang mashyur dalam mazhab syafie. Mereka menegaskan bahawa solat jemaah adalah fardu kifayah iaitu wajib ke atas lelaki yang merdeka lagi bermukim. Apa bila sebahagian mereka telah melaksanakannya, maka gugurlah kewajipan tersebut ke atas yang lain.Solat Fardu berjemaah wajib dilakukan di tempat-tempat yang menzahirkan syiar Jemaah dan Islam (contoh : musollah, surau, masjid dll). Tetapi jika semua mereka berpakat untuk melakukan solat berjemaah di rumah masing-masing, maka tidak gugur fardu kifayah.[oleh Ustaz Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri & Ustaz Mohd Khairuddin Aman Razali.]
Tetapi apa salahnya jika kita menyatukan jemaah2 tersebut ditempat lebih besar..sekurangnya2 kita boleh mengenali lebih ramai saudara dan merapatkan lagi ukhwah sesama Muslim.
Cuti lama sementara menunggu offer letter utk bekerja menyediakan masa yg cukup untuk saya singgah di masjid kuantan..dalam ramai2 jemaah,ada 4 orang ahli yang selalu solat berjemaah disini yg memimpin akal saya untuk berfikir..
| Quote: | Pertama:
Seorang pakcik yang buta akan duduk di tangga masjid setiap kali hendak masuk waktu sembahyang menunggu untuk dipimpin ke dalam saf oleh jemaah lain.
|
| Quote: | Kedua:
Seorang pakcik yang kudung kaki sebelahnya selalu berada d saf paling depan sekali dan di kanan sedikit dari tempat imam. |
| Quote: | Ketiga:
Pakcik ni tangan kanannya tak boleh diangkat.Samada lumpuh ataupon x mampu untuk diangkat itu saya kurang pasti.. |
| Quote: | Keempat:
Seorang pekerja buruh binaan berasal dari Indonesia.Selalu ke masjid berjalan kaki walaupon di tempat pembinaan tersebut disediakan tempat untuk sembahyang. |
Keempat-empat insan ini menceritakan kesetiaan mereka untuk tetap berjemaah di masjid walaupon diberi dugaan bagi saya sudah cukup dikira berat.Sedangkan mereka ini yg kurang sempurna fizikalnya dan diberi dugaan berjalan dalam panas masih lagi mampu untuk berjemaah di masjid, apatah lagi kita yang cukup sifat,diberi kemudahan berkereta dan sebagainya.Seharusnya masjid di setiap kawasan meriah dengan kedatangan para jemaah.bukan setakat menunggu hari jumaat dan hari2 kebesaran yang lain..
bersama-sama kita fikir-fikirkan dan renung-renungkan lah..
|
|
|
|
|
|
| Monday, 1-Sep-2008 09:11 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Graduasi
|
|
Alhamdulillah...
5 tahun di UTP menyalurkan saya dengan pelbagai pengalaman yang tentu sekali memberi pengajaran untuk diaplikasi dalam kehidupan seterusnya.Alhamdulillah diizinkan oleh Allah untuk saya menaiki pentas menerima segulung ijazah pemberian Tun Dr Mahathir.Berbangga?? dari segi akademiknya belum cukup untuk dibanggakan..apatah lagi grad sekadar Ijazah Kelas Kedua..dari segi pengalamannya,cukup sekali dinyatakan amat berpuas hati..Paling tidak saya pernah bertemu ciptaan Allah yg disifatkan saya paling cantik pernah saya nampak.Cantik yg bagaimana?? Berbeza mengikut individu..cantik bagi saya bilamana pertuturan, perlakuan serta pengzahiran dijaga dengan rapi..apatah lagi bila fizikalnya sememangnya cantik..Salah satu pemangkin untuk sesi penghijrahan saya di tahun akhir dengan izin Allah..kerana Teyo pernah berkata..
| Quote: | | ..wanita yang baik hanya untuk lelaki yang baik.. |
Ijat juga antara pemangkin kepada keadaan ini.Beliau mengingatkan saya mengenai umur & sumbangan yang berbunyi..
| Quote: | | ..kito taun ni masuk 23 doh..tapi gapo sumbange kito dale Isle..(kita umur 23 tahun dah,tapi apa sumbangan kita dalam Islam?) |
Maka apabila diteruskan penghijrahan tatkala pelajar lain sibuk dengan projek tahun akhir saudara Kuchai berkata..
| Quote: | | ..kalau kita berhijrah kerana perempuan maka perempuanlah yang kita akan dapat.. |
Sesi perbetulkan objektif dilaksanakan bagi mencapai objektif sebenar hidup kita di bumi Allah..Alhamdulillah,semuanya berjalan dengan lancar..pesan Azam..
| Quote: | | ..hidup kita macam layang-layang..bergerak ke sana ke sini tapi berpegang kepada tali yang satu..pangkal tali tersebut adalah Akidah kita... |
Adakah ini bermakna identiti saya berubah??tidak sama sekali..cuma pendirian sahaja diperbetulkan..yg lain masih seperti dulu..Itu pengalaman pertama..
yang keduanya..5 taun di UTP,saya rupa-rupanya telah memilih sahabat yang betul..budak-budak Sayang memang boleh dipuji perilakunya walaupon kadang-kadang terbabas sedikit..kata Tupai..
| Quote: | | .sek2 ni berat nanang,dok rok cetong..(maksudnya 'xleh pakai') |
gambar diatas pemuda berbaju T-shirt putih(Dele) adalah sahabat yang dikenali waktu mula-mula masuk UTP sebelum beliau meneruskan pengajian di US selama 5 tahun.. kedatangannya dimajlis ini menceritakan bagaimana keutuhan persahabatan itu masih kekal
tetapi banyak aktiviti bersama dapat dilakukan dengan menepis segala dugaan yang datang..terutama masa bercuti di Pangkor..malam Breaking The Untold Story adalah part plg best..
sememangnya semangat setiakawan dikalangan mereka begitu kuat..pastinya susah untuk mencari sahabat seperti mereka ditempat lain..pesan Mat Ex
| Quote: | | ..sekk kito jange ppecoh..kalo ppecoh jange bberai(bersatu teguh bercerai roboh..haha) |
malangnya untuk menyambut hari terakhir di UTP,seorang daripadanya tidak dapat hadir kerana bekerja di Abu Dhabi iaitu Nas Yusairi Nasrah aka YUS(raya taun ni pon kat sane jgk)..Yus adalah seorang student yang bijak cerdik talent gifted sume ah..tapi saiko amat..walaupon begitu ketiadaan beliau mencetuskan suasana berlainan yg pastinya lagi tidak meriah berbanding jika beliau ada bersama..semoga beliau sentiasa berjaya dalam bidang yang diceburi..
gambar diatas ketika saya dan Nas Yusairi sewaktu Tahun Pertama..
Akhir kata,terima kasih kepada semua kawan2 di UTP terutama:
#Sayang-Cepat atau Lambat,Itu perkara kedua..janji skor..
#Chelsea-Blue is The Color
#UTPMay03-One Batch One Unity <--only applicable to GOOD THINGS
#Kelate-bia ppecoh jange bberai
#Otome-tah..aku pon xtau camna bleh join
#BA-Lawan Tetap Lawan
-Makcik Cleaner yg sudi membersihkan dapur kitorg..
-Abg Pon yang melayan karenah kitorg waktu zaman gelap
-PakGad yg mendisiplinkan kami
-classmate,coursemate,housemate,roomate yang membantu dalam apa jua aspek berkaitan pelajaran,kewangan ataupon personal issues..dan semua yg tidak dinyatakan nama..terima kasih kerana kenangan indah ini..InsyaAllah ada jodoh ada rezeki kita jumpa lagi
Fathi Yakan (Ulama Lubnan) dalam bukunya Madha Ya'ni Intima'i Lil Islam menerangkan dalam Bab Pertama, kita hendaklah beriman bahawa segala kejadian di alam ini ditentukan Allah dengan tidak sia-sia..demikianlah juga Allah menentukan pertemuan saya dengan rakan-rakan di UTP selama 5 tahun ini..Apa tujuannya?? Bergantung kepada kebijaksanaan kita untuk menilai..Ya Allah..Semoga perpisahan ini membawa seribu pengalaman dan pengajaran berguna untuk digunakan kelak..Amin~
|
|
|
|
|
|
| Saturday, 30-Aug-2008 10:15 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Sangap
|
|
Ni aku tribute kat member2 yg sume kepale tak betul...peace~
| Quote: | | mulai 25 Ogos 2008 kite dh merdeka!! xdek lagi assignment..homework..test..final exam |
yeke dh merdeka??? cam belom je lagi..bukan ke proses pembelajaran tu sampai nafas terakhir..dah keje pon ade assignment..ade test..ade exam..merdeka dh ke tu??? bergantung kepada diri masing-masing..pengertian merdeka berbeza mengikut pendapat masing-masing..janji hari ni lebih baik dari semalam..esok lebih cemerlang dari hari ini..peace~
|
|
|
|
|
|
| Monday, 18-Aug-2008 16:59 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Senja
|
 |
|
teluk batik,Perak
|
|
 |
|
Tg Lumpur,Pahang
|
|
 |
|
Chemerong,Terengganu
|
|
|
petikan lagu Senja Nan Merah (tp x merah mane pon)
| Quote: | Haruskah kita mencari dalam senja begini
Kembali kita bertemu
Haruskah kita mencari dalam simpati wangi
Kembali kita bersama
Membilang kenangan yang abadi
Seperti menunggu mentari senja
Menghilang perlahan-lahan di sebalik
Awan |
|
|
|
|
|
|
| Thursday, 14-Aug-2008 14:58 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Terkurung
|
|
| Quote: | mata terlepas,jasad terkurung
kadang2 terkurung lagi baik dr terlepas ke dunia luar yg belum tentu menjanjikan seribu satu kebahagiaan.. |
| Quote: | beza kite dengan hamster ni..kite diberi peluang mengenali dunia luar...
bergantung pd sebanyak mana bekalan yg mampu dicedok..dipungut..digali akan menentukan sejauh mana kita mampu melangkah.. |
|
|
|
|
|
|
| Sunday, 10-Aug-2008 16:11 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Reflection
|
|
| Quote: | | Br blajar buat reflection floor dlm adobe..so bereksperimentasi terhadap koleksi gambar2 lama.. |
|
|
|
|
|
|
| Friday, 30-May-2008 15:31 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Famili
|
|
Abah
Seorang pegawai polis yg tegas dengan anak².aku igt lagi mase darjah 3,aku kene balun ngn getah paip sebab gi arked perabis duit raya.selalu jadi mangsa abah ni aku ngn abg long aku la..kadang2 angah pon kene..tp bagi aku mmg berbaloi la kene balun kecik2 sbb kalo x,sure aku xkn jadi ape yg aku jadi hari ni..abah aku xpnh janji utk bagi hadiah pd anak..tp selalu ade suprise..satu lagi dia slalu galakkan kami sume utk berusaha dapatkan something dgn usaha sendri dr duduk melentok kt bahu die mintak duit..mase kecik2 dlu mmg selalu je komen sbb x dapat ape yg kitorg mintak..selalu kene simpan duit sndrik..tp lame2 dh besar ni baru la sedar..one can achieved success if only they work hard.. time aku kt U ni..aku tgk adik2 pon dh x kene balun cm dlu lagi..dengki nye la aku ni..then aku tnye abah..die ckp, ape gune abah balun abg2 n kakak diorg dlu..time la nk praktik kt adik2 plak..xkn la abah je nk balun.. .tp ayat ayah aku yg mmg aku igt smpi skang "org gi mancing tu belum tentu dpt ikan,tp die berusaha dh,same la mcm hidup kite..janji kite berusaha"
Emak(ma)
Bagi aku mmg takleh lawan la..btol org ckp syurga bawah telapak kaki ibu..nasihat dan panduan die kasik mmg berguna..method die gune pon lain..ikut umur la..mase kecik die ajar ngn penyangkut baju,rotan,tali pinggang or ape2 jela..dh besar sket nasihat dengan kadar velocity dan frequency yg agak tinggi..dh besar lagi cm skang ni, slow je nasihat tp makan dalam beb .Well,boleh dikatakan sume adik beradik aku kalo nk mintak tolong 1st skali mak aku la..kalo xleh jgk br la ayah aku..aku ni lain sket..Abah mule2 dlu.. aku igt lagi mase form 5 mak aku kene dtg skolah time aku kene buang asrama,time tu aku rase cam aku ni hidup mmg nk nyusahkan mak aku je..walaupon ade garis sedih kt muke die tp die rilek je ckp aku masih anak die (kalo korg ade kt tempat aku time die ckp gini..ape reaksi korg?)
Adik-beradik
Along skang dh keje kt Imigresen Segamat.Alhamdullillah la..mintak2 la die dpt kawin cepat..pas ni aku lak.. ..Big bro yg mmg sapot aku dr dulu lagi..kamceng sangat ngn aku walaupon mase kecik selalu bergurau ngn tapak kaki naik kt muke..Angah pulak tgh tekun nk sambung blaja balik...Alang akan mengambil peperiksaan SPM taun ni..arap2 dpt la sambung blaja kat tempat lebih baik dr aku..si Ateh pon akan menduduki peperiksaan UPSR taun ni..tp mak aku ckp,study pon tah kemana,nk amik periksa cmne neh?? Poksu plak mcm taun2 sebelomnye, keje asik main main main main je..lepas dpt result exam sengeh2 depan mak aku..tp Ateh n Poksu ni mmg pengubat hati mak n ayah aku..walaupon sorg darjah 2 sorg darjah 6 tp perangai diorg ni same je..motto diorg lucu 24 jam ..paling aku xleh lupe time diorg main gitar kt depan rumah nyanyi lagu mawi..alahai..rase nk pecah usus aku gelak..gitar pon nk same besar ngn diorg...ade hati nk main gitar...
|
|
|
|
|
|
| Saturday, 24-May-2008 21:12 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Semsas
|
|
Ni name skolah menengah aku..byk kenangan yg mmg aku xlupe punya..yg baekk punya ada..yg kurang menyenangkan pon ada..tp sume tu keje Allah..Alhamdulillah..dengan takdir Dia yg menentukan hidup aku kt SEMSAS dlu telah membuka pintu hati aku utk mendalami ilmuNya.walaupon mase kt skolah dlu aku ni jenis xbleh pakai punya orang kata cikgu aku la...tapi bekal nasihat & ajaran berguna yg cikgu2 bagi tu dapat aku jugak praktik kan skang ni..Cume yg paling terkilan aku xdapat bersame2 bukak puasa time SPM ngn member2 sebab kene buang asrama setelah 2 kali kene gantung sekolah...
|
|
|
|
|
|
| Sunday, 4-May-2008 07:37 |
Email | Share | | Bookmark |
|
order
|
|
alhamdulillah sempat jgk siap gambar yg org suh buat
|
|
|
|